Tuesday, September 30, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin
Posted by rusip&budu at 5:15 AM 0 comments
Monday, September 29, 2008
satu hari di hari raya
Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya bekalan elektrik terputus dan lif tidak berfungsi….

si B : Aduhhhh…bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.
Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita….
Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?
si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…
si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
si C : aku sedih kerana…satu hari di hari raya KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA….UWAAAAAAAAAAAAAAA
Posted by rusip&budu at 6:27 PM 0 comments
Labels: tawa sinis
Aidilfitri diraya setahun sekali, PMR hanya disambut sekali seumur hidup. Jangan Lupa study!
Teringat tahun 2006? masa mula2 masuk ke ting.1. kecik2, kiut miut lagi semua. masa tu semua dengar kata cikgu2. bilik asrama kemas tip top!, perangai molek.. tapi sekarang bila dah 'remaja' ni macam2 ada. Apa2 pun tahun 2008 ni, x sampai seminggu g PMR akhirnya sampai gak. pejam celik tak terasa 3 tahun kejap ja. Buat putera Ting.3 usahakanlah yang terbaik, jaga akhlak dan sahsiah diri. usah diulangi kesilapan lama. Berubahlah! Banggakanlah kedua ibu bapa anda dengan kejayaan, jangan lukakan hati mereka lagi. Jaga hati guru2 anda, balaslah jasa2 mereka. Paling penting jangan aniaya diri sendiri lagi, jadilah seorang manusia!
Posted by rusip&budu at 2:57 PM 0 comments
Labels: jaga diri julang diri
Saturday, September 27, 2008
Petua Memikat Hati Guru (6)
Begini, kita perlu lihat petua ini dari satu sudut yang mudah. Kita perlu menghormati guru kita seperti kita menghormati seseorang yang pernah terhutang budi. Jika ada seseorang yang pernah menolong anda ketika anda benar-benar dalam keadaan susah, bagaimanakah cara anda melayan orang itu? Tentu dengan baik sekali bukan?
Begitu juga dengan guru. Selain daripada ibu bapa, guru adalah insan yang utama yang paling berbudi kepada kita. Kalau guru saya tidak mengajar saya matematik dengan betul sewaktu saya dalam darjah satu dahulu, sudah tentu saya masih tidak pandai mengira sekarang. Tentu anda setuju.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk menunjukkan rasa hormat kepada guru anda?
Paling mudah, beri perhatian apabila guru anda bercakap sama ada di dalam kelas atau semasa dia sedang bercakap dengan anda. Jangan ambil hati teguran mereka walaupun ia mungkin berbunyi kasar dan menyakitkan hati. Saya percaya guru anda tidak ada langsung niat buruk dengan kata-kata mereka.
Ceriakan diri anda semasa guru anda sedang mengajar dalam kelas. Duduk seperti seorang pelajar ceria yang seronok berada dalam kelas. Jika anda kelihatan bosan, guru anda akan rasa anda tidak suka kepadanya atau tidak suka apa yang diajarnya. Ini juga akan membuat mereka rasa anda tidak hormat kepadanya. Bayangkan rungutan guru yang berbunyi begini, “Huh, budak tu, bila saya masuk kelas nak mengajar je mula la dia tunjuk muka bosan. Buat tak tahu je bila saya masuk kelas. Tak ada rasa hormat langsung!’.
Latih gunakan suara dan intonasi yang berbunyi mesra. Kadangkala pelajar tidak sedar bahawa gaya mereka bercakap berbunyi agak biadab dan tidak sopan. Ini disebabkan oleh tabiat bercakap yang tidak baik setiap hari. Tanya kawan anda sama ada cara anda bercakap berbunyi sopan atau biadab. lebih baik lagi, tanya guru anda sendiri sama anda pernah bercakap dengan nada yang tidak sesuai dengan mereka.
Satu kelebihan jika anda menghormati orang lain tidak kira mereka guru atau tidak. Ingat, jika anda hormat orang lain, orang lain juga akan hormati anda. Jika anda mahu dihormati, anda mesti menghormati orang terlebih dahulu.
Posted by rusip&budu at 3:49 PM 0 comments
Labels: jaga diri julang diri
Petua Memikat Hati Guru (5)
Petua kelima untuk memikat hati guru anda ialah elakkan daripada melakukan sesuatu yang guru anda larang. Guru anda sudah pasti lebih banyak pengalaman berbanding anda terutamanya dalam bidang yang diajarinya. Apabila guru anda melarang anda daripada melakukan sesuatu, ikut nasihatnya.
Kadangkala ada pelajar yang suka bergurau dengan melawan cakap gurunya. Guru kata jangan sentuh benda ini, pelajar itu akan semakin seronok untuk menyentuhnya. Semakin guru marah, semakin dia mempersendakan gru dengan cuba menyentuh benda tersebut. Jika anda yang jadi guru ketika itu, apakah perasaan anda?
Untuk pengetahuan anda, apa yang guru anda larang selalunya adalah bertujuan baik untuk anda. Jika anda mahu memikat hati guru anda supaya anda rapat dengannya dan mudah untuk memahami apa yang diajarnya, elakkan daripada melakukan perkara yang dilarangnya.
Posted by rusip&budu at 12:17 AM 0 comments
Labels: jaga diri julang diri
Friday, September 26, 2008
Petua Memikat Hati Guru (4)
Petua keempat untuk memikat hati guru ialah ‘tumpukan sepenuh perhatian’ semasa guru sedang mengajar. Hmmm… saya percaya anda tentu pernah mendengar tentang petua ini. Namun, tahukah anda bagaimana caranya untuk memberi sepenuh tumpuan? Tahukah anda tumpuan bagaimanakah yang akan membuat hati guru terpikat kepada anda?
Menurut pengalaman saya sendiri sebagai guru, saya akan merasa marah apabila pelajar sibuk dengan perkara lain semasa saya mula mengajar. Ini kerana, apabila tiba masa membuat latihan nanti, pelajar-pelajar inilah yang akan merungut dengan perkataan ’susah’, ‘pening’, ‘tak faham’, ‘tak boleh buat’ dan sebagainya. Apa yang membuat saya marah ialah, mereka tidak faham bukan kerana mereka tidak ada kebolehan untuk memahami tetapi kerana mereka mempunyai tabiat yang tidak mahu memberikan tumpuan. Pelajar-pelajar ini selalunya akan mengganggu konsentrasi pelajar lain pula.
Hanya dengan mengubah cara anda duduk sebenarnya sudah boleh memikat hati guru anda kerana anda kelihatan benar-benar mahu belajar. Adapelajar yang bertanya saya mengapa guru tidak suka mengajar pelajar yang tidak pandai? Sebabnya bukan kerana pelajar itu susuah diajar tetapi ada kemungkinan pelajar itu tidak menunjukkan rasa minat dan tidak menunjukkan yang dia menumpukan perhatian kepada apa yang diajarkan.
Posted by rusip&budu at 11:57 PM 0 comments
Labels: jaga diri julang diri
Petua Memikat Hati Guru (3)
Saya banyak mendengar rungutan pelajar mengatakan bahawa kebanyakan guru lebih suka mengajar di kelas-kelas elit atau kelas utama di sesebuah sekolah. Kata pelajar ini, guru suka mengajar mereka kerana mereka sudah pandai dan senang diajar. Saya percaya tanggapan ini kurang tepat.
Saya boleh percaya bahawa guru lebih suka mengajar kelas elit namun ia bukan kerana pelajar itu semua sudah pandai dan memudahkan kerja guru. Sebab utamanya ialah pelajar di kelas elit selalunya menunjukkan semangat dan keinginan untuk belajar yang tinggi. Mereka begitu berminat untuk belajar dan dengar dengan bersungguh-sungguh apa yang guru mereka ajarkan. Apabila pelajar menunjukkan rasa minat untuk belajar, guru akan bertambah minat untuk mengajar.
Mulai hari ini, timbulkan rasa minat anda pada apa yang anda pelajari. Cari sebab mengapa anda perlu suka apa yang anda pelajari. Fikirkan bagaimana anda boleh gunakan apa yang anda pelajari sekarang dan di masa hadapan. Buat semua kerja dan latihan yang guru anda suruh. Ini dapat menunjukkan kesungguhan dan minat anda.
Selamat mencuba.
Osman Affan
Posted by rusip&budu at 11:32 PM 0 comments
Labels: jaga diri julang diri
Petua Memikat Hati Guru (2)
Peranan anda disini ialah menawarkan bantuan tanpa disuruh. Kebanyakan pelajar akan menolong guru mereka tetapi mereka menunggu hingga disuruh. Jika guru mereka tidak berkata apa-apa, mereka juga akan mendiamkan diri dan melihat sahaja guru mereka bersusah payah membawa buku-buku tersebut.
Apabila anda tawarkan pertolongan kepada guru anda, hati mereka akan jadi lembut kepada anda. Bayangkan, ketika anda dalam kesusahan dan seseorang menawarkan pertolongan tanpa diminta, apakah yang akan anda rasa?
Budaya dan cara pemikiran kita di Malaysia terutamanya, kita mudah rasa rapat kepada seseorang yang suka menolong kita. Tentu anda pernah mendengar ungkapan ini, ‘Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’.
Mulai hari ini, jangan menunggu disuruh untuk membantu. Bantuan anda ini adalah satu cara yang sangat berkesan untuk memikat hati guru anda.
Osman Affan
Posted by rusip&budu at 11:30 PM 0 comments
Labels: jaga diri julang diri
Saturday, September 20, 2008
Petua Memikat Hati Guru (1)
Rungutan begini selalunya datang daripada pelajar yang iri hati melihat sesetengah pelajar lain rapat hubungan dengan guru mereka. Adakah anda juga begini?
Katakan memang ada guru yang pilih kasih dan melebih-lebihkan sesetengah pelajar, adakah anda akan merungut jika anda yang menjadi anak murid kesayangan guru itu? Tentu tidak bukan? Apa yang ingin saya katakan ialah, guru pilih kasih adalah perkara biasa. Ia tidak bermaksud guru itu pilih kasih pada sesetengah pelajar hingga menganiaya pelajar lain. Saya percaya semua guru sayangkan anak muridnya. Cuma, disebabkan guru juga adalah manusia biasa, mereka akan lebih menyayangi beberapa anak murid yang memenuhi beberapa kriteria pilihan mereka.
Pentingkah anda memikat hati guru anda? Apa untungnya jika guru anda mengasihi anda? Saya beri satu contoh mudah. Katakan anda diminta mengajar dua anak saudara anda yang beberapa tahun lebih muda. Anak saudara yang pertama suka mendengar kata anda. Dia membuat apa yang anda suruh semasa sesi pembelajaran dan memberi sepenuh perhatian kepada anda semasa anda mengajar.
Anak saudara yang kedua pula tidak boleh duduk diam semasa sesi pembelajaran. Semasa anda sibuk mengajar, dia sibuk mengasah pensel, mencari buku, melukis kartun dan sebagainya. Apabila anda suruh buat latihan, dia merungut dengan mengatakan bahawa dia tidak faham apa yang anda ajarkan.
Soalan saya, anak saudara mana yang anda akan lebih suka? Mudah bukan? Soalan saya lagi, jika anda rasa anak saudara anda suka mendengar apa yang anda ajar, apakah anda akan semakin bersemangat untuk mengajarnya? Sudah tentu bukan?
Jadi, anda perlu tau serba sedikit bagaimana mahu mengambil hati atau memikat hati seorang guru. Ini tidak bermaksud anda mahu mempermainkan mereka. Memikat hati guru bertujuan agar ilmu anda lebih diberkati dan anda akan lebih mudah faham apa yang diajarkan. Inilah objektif utama mengapa anda perlu tahu beberapa petua untuk memikat hati seorang guru.
Petua 1
Petua pertama adalah petua yang paling penting. Untuk memikat hati guru anda, anda perlu belajar dalam keadaan ‘Gelas yang kosong‘. Apakah maksud saya ini?
Belajar dalam keadaan gelas yang kosong ialah anda perlu rasa rendah diri dan buka minda anda untuk menerima apa yang diajarkan oleh guru anda. Banyak ketikanya saya lihat pelajar datang ke sekolah, kolej, universiti, seminar atau bengkel dalam keadaan gelas yang penuh. Ini bermaksud, mereka rasa mereka tahu banyak perkara berbanding kawan-kawan sebaya mereka malah mereka juga rasa mereka lebih tahu daripada guru mereka.
Apa akan jadi jika air dituangkan ke dalam gelas yang penuh? Ya….. air yang dituang itu akan tumpah. Malah, air yang ada di dalam gelas yang penuh itu juga akan turut mengalir keluar. Jika anda tidak percaya, cuba isikan air sirap kedalam sebiji gelas hingga penuh. Tuangkan air masak ke dalam gelas itu. Biarkan air yang melimpah keluar. Lama-kelamaan, anda akan lihat gelas yang berwarna merah disebabkan air sirap itu akan lama kelamaan menjadi putih.
Apa yang ingin saya katakan ialah jika anda datang ke majlis ilmu dengan perasaan anda lebih mengetahui, anda tidak akan pelajari sesuatu yang baru. Malah ilmu yang ada pada anda juga akan jadi semakin susut dan tidak bernilai. Apa kena-mengena petua ini dengan memikat hati guru?
Sebaliknya, jika anda datang dengan gelas yang kosong, guru akan dapat mengesan bahawa anda datang dengan niat mahu belajar. Saya sendiri, saya sangat suka melayan pelajar yang ada niat mahu belajar. Mereka ini selalunya bersedia untuk mendengar nasihat bagaimana mahu memajukan pelajaran mereka. Untuk pelajar begini, seorang guru sanggup berkorban masa dan tenaga untuk membantu.
Apa yang perlu anda lakukan sekarang? Ada beberapa perkara:
Betulkan niat anda untuk betul-betul belajar. Anda perlu ingat, orang yang bijak adalah orang yang mempunyai kebolehan untuk mempelajari sesuatu dengan baik, bukan orang yang suka menunjukkan kepandaian mereka.
Elakkan daripada memalukan guru anda dengan menunjukkan kepandaian anda. Contohnya, ada kalanya guru membuat kesilapan seperti membuat kiraan yang salah di depan kelas. Jika anda mahu betulkan kesalahan itu, betulkan dengan cara yang sopan agar tidak menjatuhkan air muka guru tersebut.
Selamat mencuba.
Osman Affan
Posted by rusip&budu at 9:04 PM 0 comments
Labels: jaga diri julang diri