Pada 26 Jun yang lepas, Pertandingan Kawad Kaki antara unit2 beruniform sainsri, Majlis Anugerah Kokurikulum & Majlis Penghargaan Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar 2008 telah diadakan.
Selepas Pertandingan Kawad Kaki diadakan pula Majlis Anugerah Ko Kurikulum 2008. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Jalong Wan, wakil Pegawai Pelajaran Gabungan Miri. Antara anugerah yang disampaikan:
- Anugerah Kokurikulum Putera/Puteri Terbaik
- Anugerah Koakademik Putera/Puteri Terbaik
- Anugerah Unit Gerko Terbaik
- Anugerah Khas 2007/2008
- Anugerah Separa Warna
- Sijil Unit Uniform/Persatuan/Kelab
Selepas MAKK diadakan pula Majlis Penghargaan MPP Sesi 2007/2008 dan Majlis Perlantikan MPP Sesi 2008/2009 serta Lafas ikrar MPP yang baru.





















